Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan 26 Ketua Perwakilan luar negeri yang baharu dilantik ke negara ini yang tidak menetap.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Eritrea ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Alem Tsehaye Woldemariam; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ireland ke NBD, Puan Yang Terutama Sarah Ann McGrath; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Zimbabwe ke NBD, PYT Constance Chemwayi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Belgium ke NBD, TYT Peter Van Acker; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Uganda ke NBD, PYT Betty Oyella Bigombe.
Baginda seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Chad ke NBD, TYT Hassan Saleh Algadam Aldjinedi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Itali ke NBD, TYT Dante Brandi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sudan ke NBD, TYT Hassan Abdelsalam Omar; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Slovak ke NBD, TYT Tomáš Ferko; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Chile ke NBD, TYT Jaime Munoz Sandoval.
Juga menyerahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Zambia ke NBD, TYT Morecome Mumba; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesatuan Eropah ke NBD, TYT Denis Chaibi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Emiriah Arab Bersatu ke NBD, TYT Dr. Mubarak Saeed Ahmed Burshaid Al Dhaheri; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Sweden ke NBD, TYT Anders Sjöberg; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Portugal ke NBD, TYT Miguel de Mascarenhas de Calheiros Velozo.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Mali ke NBD, TYT Brigadier General Félix Diallo; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Denmark ke NBD, TYT Jakob Brix Tange; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Bosnia dan Herzegovina ke NBD, TYT Dr. Edin Jahić; Pesuruhjaya Tinggi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka ke NBD, TYT Delgahadeniya Dissanayake Mudiyanselage Senarath Bandara Dissanayake; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Finland ke NBD, PYT Anne Vasara.
Turut menyerahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan mereka ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Bolivarian Venezuela, TYT Radamés Jesús Gómez Azuaje; Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya ke NBD, TYT Ekitela Ronald John Moru; Pesuruhjaya Tinggi Republik Rwanda ke NBD, TYT Uwihanganye Jean de Dieu; Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke NBD, TYT Michael Wehi Mailetonga Walsh; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Costa Rica ke NBD, TYT Victor Hugo Rohas González; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Guinea, PYT Koumba Diop.
Kebawah DYMM kemudian berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Asing yang tidak menetap ke NBD yang baru menyampaikan Surat-surat Tauliah Pelantikan berkenaan.
Turut hadir di majlis-majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Awang Haji Hamiddon bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Awang Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd. Taib; dan Timbalan Setiausaha Tetap di JPM, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, selaku Pemangku Grand Chamberlain.
Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto